Wednesday, May 7, 2008

Komen Mufti Perlis Isu Babi Di Selangor

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang, adalah tidak wajar kerana ia boleh menyumbang kepada kemajuan industri haiwan berkenaan.
Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan berkenaan adalah salah kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.
“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.
“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Semalam, akhbar melaporkan Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging haiwan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).
Dr Halimah mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
Sementara itu, Bekas Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata masyarakat Cina di Selangor turut membantah cadangan kerajaan negeri membina ladang ternakan babi secara berkelompok itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu, berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati masyarakat Cina juga tidak setuju dengan cadangan berkenaan yang pernah dikemukakan ketika kerajaan negeri diperintah Barisan Nasional (BN).
Katanya, mereka membantah kerana bimbang ladang ternakan babi itu akan menimbulkan pencemaran teruk kepada alam sekitar berikutan najis kumbahan haiwan berkenaan sukar dilupuskan sekali gus mampu mengganggu keselesaan penduduk sekitar.
“Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dengan memastikan kaedah yang bakal digunakan tidak membawa kepada pencemaran alam sekitar,” katanya.

11 comments:

Pak Agenda said...

Babi ni camne sekalipun nak jaga kesihatan die tetap memalukan sebab Melayu yang beria2 berbahas mengenai isu ini. Memalukan!

SeLyPaR oFiCe said...

Biar ore Selangor raso....nok sangat pembangkang...RASOKAN HIDUP DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BABI!

ajai said...

adakah cara yang dicadangkan itu benar-benar efektif atau semata-mata untuk memberikan keuntungan kepada pihak tertentu ?

ronaldinho said...

babi-babi akan menjadi kebanggaan rakyat selangor....hidup babi...babi the best

penjejakawan said...

kalau dah babi... tetap babi selamanya... memang dah dasar babi, memang babilah, babi ni.... semuanya babiiiiii = anwar berahim

Bani Tanjong said...

Kat Sepang berhampiran dengan Kuarters KLIA ada orang jual satey BABI.Penduduk kat situ ingatkan sate biasa je...kira org di situ dah try dulu la market produk asas BABI ni...geli geleman teman mendengornya..

penjejakarus said...

Aku heran betul bila taraf hidup BABI lebih baik drpd rakyat Selangor nanti. Teknologi dari Jerman konon.. hampeh.. Rakyat Selangor menyampah kpd kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

Panglima Perang Cyber said...

Mari bersama menjadi tentera alam siber yang akan sentiasa mempertahankan negara bangsa dan agama dari ancaman ancaman luar dan dalam Malaysia.

Berusaha menjadi pahlawan yang menyerang menyerang setiap yang tidak setia kepada bangsa agama dan negara Malaysia melalui penulisan yang tidak berasas dan berbaur fitnah.

Ayuh, marilah blogger kita semua berjuang menjatuhkan 'musuh musuh negara ' sekelian !!!!

AIDC said...

salam,

ada masa mohon tonton video2 ni..

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

pika said...

udah le.. tak perlu lagi kita bersembang bab ni lagi.. dh orang selangor suka sangat pada babi, biarkan je la.. dh xde orang Islam kot.. nk wat camne.. orang selangor nk perubahan.. terima je la..

pika said...

udah la... cerita ni dh lama dh... x usah la nk bercerita pasal babi lg.. letak yg terkini je la..